Friday, September 3, 2010

Ramli Lugan -- seorang Wira, Pejuang Sejati Orang Asal





Nama Ramli Lugan memang sudah tersebar meluas dan merata. Beliau adalah Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau yang juga Pengerusi Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau, disamping dilantik oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang sebagai Setiausaha Kerja Biro Orang Asal PKR Pahang dibawah pentadbiran Haji Suhaimi Said yang mempengerusikannya.

Ramli adalah anak kampong Kg Lubok Wong, sebuah perkampongan Orang Asal di pedalaman Kuala Krau didalam DUN Jenderak.
Ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan beliau tinggal bersama Ibunya yang berkahwin dengan ayah tiri kepada Ramli, seorang bapa tiri yang baik dan menjaga Ramli seperti anak-anaknya sendiri.

Ramli adalah seorang Pemuda Orang Asal yang berjiwa besar. Beliau tekun didalam pelajarannya dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke menara gading, di Universiti Malaysia Sabah dan berjaya memperolehi Honours Degree didalam bidang Sosiologi dan Antropologi.

Setelah menerima Ijazahnya, Ramli telah pulang ke kampong halamannya di Kg Lubok Wong, Kuala Krau dan bertekad memperjuangkan nasib kaumnya, kaum Orang Asal bukan sahaja di kampongnya bahkan diseluruh Negeri Pahang dan Malaysia.
Sekembalinya beliau ke Lubok Wong, beliau telah menghubungi Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau dan terus menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat. Dan sejak beliau menjadi anggota, beliau terus aktif didalam parti, berjuang untuk Orang Asal dan kaum yang tertindas lainnya.

Sebagai Naib Ketua PKR Kuala Krau, beliau telah menjadi perwakilan semasa Kongres Parti Keadilan Rakyat di Kota Bahru.
Semua perwakilan terpegun semasa Ramli berucap di Kongres itu, bukan kerana Ramli seorang pemidato yang hebat, tetapi Ramli berucap dari hatinya untuk memperjuangkan nasib kaumnya, kaum Orang Asal yang terpinggir sejak 50 lebih tahun Negara ini diperintah oleh UMNO/BN.

Ayah tiri Ramli telah memohon rumah PPRT seperti penduduk yang lain di kampong tersebut. Baru-baru ini telah diluluskan 5 buah rumah PPRT untuk kampong itu, tetapi yang dapat hanyalah dari satu keluarga pengampu kepada UMNO, walaupun sudah mempunyai rumah yang lebih selesa dari Rumah ayah tiri Ramli.
Ramli bertekad untuk tidak memohon rumah PPRT dan akan mengusahakan rumah untuk ibu dan ayah tirinya serta adik-adiknya.

Didalam Ramli sedang berusaha bersama ayah tirinya, satu kemalangan jalan raya telah menimpa ayah tirinya, dan didalam kemalangan itu ayah tirinya serta adik sepupunya meninggal dunia; dan kini Ramli memikul tanggungjawab menjaga ibu dan adik-adiknya.
Kemiskinan dan kesusahan ini tidak menghalang Ramli dari bergerak cergas didalam gerak kerja Parti Keadilan Rakyat khususnya bagi Ranting Lubok Wong, Cabang Kuala Krau dan amnya PKR Pahang terutamanya dikalangan Orang Asal.
Lihatlah sendiri Rumah tempat tinggal Ramli bersama ibu dan adik-adiknya. Ramli adalah seorang pejuang, seorang wira yang sanggup berjuang untuk membebaskan masyarakatnya dari terus terpinggir.

No comments: