Saturday, October 2, 2010

ANWAR IBRAHIM KEPALA TAIK?




Sebagai pendukung dan penyokong kuat PKR, tentu kita merasa sedih dan marah membaca sebuah laman blog yang menulis mengenai pemilihan PKR yang sedang berlangsung ketika ini. Adakah patut mereka umpamakan pemimpin-pemimpin kita sebagi tai-taik dan menusuh DS Anwar Ibrahim sebagai kepala taik?

Blog berkenaan antara lain menulis begini;
.... Namun demikian, mereka tetap menuduh kononnya yang busuk itu bukan taik mereka, tetapi taik para penyokong Zaid. Sehingga sekarang, Kepala Taik tetap diam membisu. Sebagai penasihat kepada kumpulan-kumpulan taik ini, kepala taik tersebut lebih selesa bersikap tunggu dan lihat. Walaupun sesekali, kepala taik ini juga suka melontarkan taiknya ke muka orang lain, tetapi ia dilakukan secara halus, sehingga orang lain pun tidak tahu dari mana datangnya taik itu. Oleh kerana taik semakin banyak di dalam lubungnya, maka bau busuknya sudah tidak mampu ditutup lagi....maka terdedahlah segala-gala yang busuk dan membusukkan, yang jijik dan menjijikkan.. (klik untuk ke blog disini)

Jika pemimpin kita yang kita kasihi dan anggap sebagai pencetus reformasi itu mereka anggap kepala taik, sudah tentulah kita ini akan dianggap sebagai taik-taikjuga. Kita minta blogger berkenaan supaya memohon ampun dan maaf kepada seluruh ahli PKR yang ikhlas berjuang untuk reformasi demi negara tercinta ini. Mereka tidak patut menuduh DS Anwar sebagai kepala taik. Mungkin mereka boleh tuduh Shahnon Ahmad itu sebagai kepala taik kerana dialah pengarang novel shit itu. Shahnon Ahmad itu adalah sastrawan taik.

Thursday, September 30, 2010

PARLIMEN JERANTUT IMPIAN PAKATAN RAKYAT PRU13 NANTI

Pemilihan diperingkat cabang-cabang sedang berjalan dengan lancarnya. Memang banyak berita yang memburukkan didengari disetiap peringkat cabang namun itu hanyalah kerja dan usaha UMNO untuk memberi imej buruk kepada PKR.

PKR sudah diterima dibanyak parlimen. Di Kuantan PKR sudah memenanginya. Jerantut adalah antara harapan PKR yang masih dalam impian. DUN Damak sekurang-kurangnya akan jadi titik tolak kepada PKR untuk memenangi hati rakyat.

Parlimen Jerantut juga bukanlah terlalu susah untuk jatuh ketangan Pakatan. Kita melihat banyak masalah yang sedang dihadapi oleh para pemimpin UMNO dan ini akan melemahkan mereka dan memberi peluang kepada PR untuk mengambil alihnya nanti.

Monday, September 6, 2010

PERPECAHAN DALAM UMNO JERANTUT MAKIN KETARA

Nampaknya tugas gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat di Jerantut menjadi semakin mudah apabila banyak blog-blog pro UMNO sudah mula menikam belakang para pemimpin dan parti mereka sendiri.

Perkembangan ini juga membuatkan pihak kami makin bersemangat sama ada dalam terlibat dengan blog serta berusaha untuk mendapatkan kerusi DUN Damak dalam PRU nanti.

Kekalahan tipis dalam PRU 12 lalu membuatkan semangat Ketua PKR Cabang Jerantut semakin membuak-buak untuk bertarung sekali lagi. Kita sedar bahawa sekiranya tidak ada calon bebas yang menjadikan pertandingan 3 penjuru, sudah pasti calon MCA akan tewas. Namun demikianlah permainan politik kaum Cina yang tidak jujur dengan kita (melayu) dibawah didikan UMNO/BN selama ini.

Cina akan memilih parti sekiranya calon-calonnya dari bangsa Cina, namun mereka akan memilih kaumnya sekiranya ada pertandingan dengan bangsa lain. Kemasukan calon bebas 'kunci' dalam DUN Damak yang lalu sebenarnya hanyalah penyelamat untuk kesinambungan kekuasaan kaum Cina di DUN Damak.

Bagaimanapun, PKR tetap akan meletakkan calon dalam PRU 13 nanti bagi kerusi DUN Damak tanpa sebarang kompromi.

Baca salinan tulisan dari salah satu blog pro UMNO yang menggambarkan kekecohan dalam parti UMNO itu sendiri dibawah ini:

Sepanjang minggu ini blog pro UMNO diJerantut perang sabil berpunca oleh satu perjumpaan antara Tengku Azlan dengan kumpulan Dr Shukri di Kuala Lumpur. Tengku Azlan telah mengumumkan bahawa ganti beliau bertanding parlimen Jerantut PRU 13 adalah Dr. Shukri. Puak-Puak Wan Amizan ADUN Tahan naik darah kerana dalam perjumpaan itu Tengku Azlan dan Dr Shukri akan mempastikan Wan Amizan tidak bertanding dalam PRU 13 kerana dikatakan banyak isu.

Keadaan nampaknya payah reda kerana masing-masing sudah keluar buah dan bongkar semua isi perut mereka yang selama ini terpendam. Begitulah sama-sama mencuri akhirnya bila tidak sebulu muntah semua. Perangai orang UMNO.

Pakatan rakyat tidak payah bongkar lagi apa-apa isu kerana semuanya sudah terburai. Kita hanya memerhati, mendengar apa yang berlaku. Hanya dengan berusaha lebih kuat dari biasa kawasan parlimen Jerantut pasti dalam tangan Pakatan pada kali ini.

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA DARIPADA PKR CABANG JERANTUT.




SELAMAT HARI RAYA DARIPADA PKR CABANG JERANTUT.


Saudara Mohd Nor Hamzah-Ketua Cabang PKR Jerantut.


Assalamualaikum,Selamat Hari Raya dan Maaf Dzahir dan Batin,dari pada seluruh AJK Cabang Jerantut,AMK mahupun Wanita.Dengan harapan perubahan perlu berlaku di bumi Pahang ini..Ketua Cabang PKR Jerantut.

by FB Fauzi Abdul Rahman on Thursday, September 17, 2009 at 9:04pm

Friday, September 3, 2010

Ramli Lugan -- seorang Wira, Pejuang Sejati Orang Asal





Nama Ramli Lugan memang sudah tersebar meluas dan merata. Beliau adalah Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau yang juga Pengerusi Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau, disamping dilantik oleh Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang sebagai Setiausaha Kerja Biro Orang Asal PKR Pahang dibawah pentadbiran Haji Suhaimi Said yang mempengerusikannya.

Ramli adalah anak kampong Kg Lubok Wong, sebuah perkampongan Orang Asal di pedalaman Kuala Krau didalam DUN Jenderak.
Ibu dan ayahnya telah lama berpisah dan beliau tinggal bersama Ibunya yang berkahwin dengan ayah tiri kepada Ramli, seorang bapa tiri yang baik dan menjaga Ramli seperti anak-anaknya sendiri.

Ramli adalah seorang Pemuda Orang Asal yang berjiwa besar. Beliau tekun didalam pelajarannya dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke menara gading, di Universiti Malaysia Sabah dan berjaya memperolehi Honours Degree didalam bidang Sosiologi dan Antropologi.

Setelah menerima Ijazahnya, Ramli telah pulang ke kampong halamannya di Kg Lubok Wong, Kuala Krau dan bertekad memperjuangkan nasib kaumnya, kaum Orang Asal bukan sahaja di kampongnya bahkan diseluruh Negeri Pahang dan Malaysia.
Sekembalinya beliau ke Lubok Wong, beliau telah menghubungi Haji Suhaimi Said, Ketua PKR Cabang Kuala Krau dan terus menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat. Dan sejak beliau menjadi anggota, beliau terus aktif didalam parti, berjuang untuk Orang Asal dan kaum yang tertindas lainnya.

Sebagai Naib Ketua PKR Kuala Krau, beliau telah menjadi perwakilan semasa Kongres Parti Keadilan Rakyat di Kota Bahru.
Semua perwakilan terpegun semasa Ramli berucap di Kongres itu, bukan kerana Ramli seorang pemidato yang hebat, tetapi Ramli berucap dari hatinya untuk memperjuangkan nasib kaumnya, kaum Orang Asal yang terpinggir sejak 50 lebih tahun Negara ini diperintah oleh UMNO/BN.

Ayah tiri Ramli telah memohon rumah PPRT seperti penduduk yang lain di kampong tersebut. Baru-baru ini telah diluluskan 5 buah rumah PPRT untuk kampong itu, tetapi yang dapat hanyalah dari satu keluarga pengampu kepada UMNO, walaupun sudah mempunyai rumah yang lebih selesa dari Rumah ayah tiri Ramli.
Ramli bertekad untuk tidak memohon rumah PPRT dan akan mengusahakan rumah untuk ibu dan ayah tirinya serta adik-adiknya.

Didalam Ramli sedang berusaha bersama ayah tirinya, satu kemalangan jalan raya telah menimpa ayah tirinya, dan didalam kemalangan itu ayah tirinya serta adik sepupunya meninggal dunia; dan kini Ramli memikul tanggungjawab menjaga ibu dan adik-adiknya.
Kemiskinan dan kesusahan ini tidak menghalang Ramli dari bergerak cergas didalam gerak kerja Parti Keadilan Rakyat khususnya bagi Ranting Lubok Wong, Cabang Kuala Krau dan amnya PKR Pahang terutamanya dikalangan Orang Asal.
Lihatlah sendiri Rumah tempat tinggal Ramli bersama ibu dan adik-adiknya. Ramli adalah seorang pejuang, seorang wira yang sanggup berjuang untuk membebaskan masyarakatnya dari terus terpinggir.