Monday, September 6, 2010

PERPECAHAN DALAM UMNO JERANTUT MAKIN KETARA

Nampaknya tugas gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat di Jerantut menjadi semakin mudah apabila banyak blog-blog pro UMNO sudah mula menikam belakang para pemimpin dan parti mereka sendiri.

Perkembangan ini juga membuatkan pihak kami makin bersemangat sama ada dalam terlibat dengan blog serta berusaha untuk mendapatkan kerusi DUN Damak dalam PRU nanti.

Kekalahan tipis dalam PRU 12 lalu membuatkan semangat Ketua PKR Cabang Jerantut semakin membuak-buak untuk bertarung sekali lagi. Kita sedar bahawa sekiranya tidak ada calon bebas yang menjadikan pertandingan 3 penjuru, sudah pasti calon MCA akan tewas. Namun demikianlah permainan politik kaum Cina yang tidak jujur dengan kita (melayu) dibawah didikan UMNO/BN selama ini.

Cina akan memilih parti sekiranya calon-calonnya dari bangsa Cina, namun mereka akan memilih kaumnya sekiranya ada pertandingan dengan bangsa lain. Kemasukan calon bebas 'kunci' dalam DUN Damak yang lalu sebenarnya hanyalah penyelamat untuk kesinambungan kekuasaan kaum Cina di DUN Damak.

Bagaimanapun, PKR tetap akan meletakkan calon dalam PRU 13 nanti bagi kerusi DUN Damak tanpa sebarang kompromi.

Baca salinan tulisan dari salah satu blog pro UMNO yang menggambarkan kekecohan dalam parti UMNO itu sendiri dibawah ini:

Sepanjang minggu ini blog pro UMNO diJerantut perang sabil berpunca oleh satu perjumpaan antara Tengku Azlan dengan kumpulan Dr Shukri di Kuala Lumpur. Tengku Azlan telah mengumumkan bahawa ganti beliau bertanding parlimen Jerantut PRU 13 adalah Dr. Shukri. Puak-Puak Wan Amizan ADUN Tahan naik darah kerana dalam perjumpaan itu Tengku Azlan dan Dr Shukri akan mempastikan Wan Amizan tidak bertanding dalam PRU 13 kerana dikatakan banyak isu.

Keadaan nampaknya payah reda kerana masing-masing sudah keluar buah dan bongkar semua isi perut mereka yang selama ini terpendam. Begitulah sama-sama mencuri akhirnya bila tidak sebulu muntah semua. Perangai orang UMNO.

Pakatan rakyat tidak payah bongkar lagi apa-apa isu kerana semuanya sudah terburai. Kita hanya memerhati, mendengar apa yang berlaku. Hanya dengan berusaha lebih kuat dari biasa kawasan parlimen Jerantut pasti dalam tangan Pakatan pada kali ini.

2 comments:

Anonymous said...

itulah hakikatnya, dan ini nanti akan menguntungkan PR. saya nampak masa depanm PR semakin cerah untuk DUN Damak dan Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti

Anonymous said...

Samer2 je demeh tu cam tu jugak...